Saturday, May 7, 2011

CRISS CROSS (ILLUSIONE)

Untuk tugasan pada kali ini saya dan pasangan saya Nordiana Che Ismail telah diberi tugas untuk mengendalikan solekan untuk filem pendek berjudul "Illusione" arahan pelajar skrin pada 18 -20 Mac. Sebelum penggambaran ini bermula pengarah telah mengadakan perjumpaan khas bersama kami untuk menerangkan jenis solekan yang bakal digunakan untuk filem pendek ini, kami telah diberi naskah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jalan cerita ini. Menerusi perjumpaan ini pengarah meminta kami untuk melakukkan beberapa jenis solekan iaitu solekan kesan khas dan straight makeup, hal ini kerana di dalam filem ini tidak memerlukan solekan yang berat-berat dan hanya menggunakan solekan natural dan solekan pucat,kusam. Saya telah mencari beberapa research gambar muka puncat untuk dijadikan sebagai panduan semasa solekan. Dibawah ini merupakan beberapa jenis solekan yang telah dibuat ke atas pelakon-pelakon mengikut babak
 GAMBAR 1: SOLEKAN ZANI SELEPAS MENGALAMI KEMALANGAN

Solekan diatas merupakan solekan pertama pada hari pertama penggambaran bermula.  Penggambaran bermula di hopital UiTM Puncak Alam, kami telah dikehendaki untuk membuat solekan selepas Zani mengalami kemalangan.  Sebelum memulakan solekan kami telah menggunakan  rujukan gambar yang telah dicari sebelum solekan dimulakan  hal ini kerana kami ingin mendapatkan solekan yang nampak logik dan bersesuaian dengan situasi yang dikehendaki.


Untuk solekan seperti diatas proses pertama dilakukan adalah dengan meletakkan faudation asas pada muka dan kemudian  membuat shading pada bahagian-bahagian yang dihendaki bertujuan untuk menampakkan lagi kesan cengkung pada wajah seperti di pipi, kemudian pada bahagian mata pula saya menggunakan eyeshadow bewarna cokelat untuk membuat lingkaran pada bawah mata bagi menampakkan lagi muka sakit.  Pada bahagian bibir pula saya meletakkan sedikit faudation warna putih dan diratakan bersama faudation asas bagi menampakkan lagi muka pucat.  Dan dibahagian kepala kami menggunakan kain balutan yang disediakan oleh pengurusan dan menambah iodin yang telah disediakan. Kami mengaplikasikan makeup berdasarkan kajian yang telah dibuat. Diantara peralatan makeup yang digunakan untuk solekan pada babak ini ialah
  • foundation
  • loose powder
  • eyeshadow (warna cokelat gelap) 

GAMBAR 2: SOLEKAN SELEPAS KEMALANGAN (BABAK DI DALAM BILIK KULIAH)

GAMBAR 3: SOLEKAN LUKA KEPALA TERHANTUK TIANG 

GAMBAR 4: SOLEKAN LUKA KEPALA TERHANTUK TIANG

Semasa melakukan jenis solekan-solekan diatas didapati bahawa kami perlu sentiasa peka dengan solekan yang dibuat agar seiring dengan babak.  Hal ini kerana untuk memastikan solekan kami tidak lari konti sebagai contoh tampalan luka pada bahagian kanan pelakon. 

Selain dari makeup luka juga saya turut ditugaskan untuk membuat straight makeup pada watak  Malik, saya dan diana dan kami telah memutuskan tugas masing-masing dimana diana mengambil peranan untuk solekan beauty makeup pada watak Zani manakala saya straight makeup pada watak Malik. Solekan yang diperlukan iaitu babak ketika didalam bilik kuliah dan babak ketika keluar bersama Zani di taman.  Untuk solekan seperti ini saya hanya membuat sedikit straight makeup bersesuaian dengan situasi dan babak agar tidak nampak keterlaluan, kerana kebanyakkan babak belaku pada waktu siang.

GAMBAR 5: SOLEKAN STRAIGHT MAKEUP (BABAK MALIK DAN ZANI DI TAMAN)

GAMBAR 6 : SOLEKAN GAMBAR MALIK DI DALAM BILIK KULIAH

GAMBAR 7: MALIK DAN ZANI (BABAK DI TAMAN SEBELUM KEMALANGAN)
Seterusnya  untuk babak kemalangan ini kami dikehendaki membuat solekan kesan khas dimana kami perlu membuat darah untuk babak Zani dan Malik mengalami kemalangan. Saya dan pasangan saya telah membancuh darah terlebih dahulu sebagai persediaan dan kami berulang kali mengeksperimen darah ini bertujuan untuk nampak real apabila dirakam oleh kamera.  Dan jika mempunyai  kekurangan kami akan membetulkan warna darah tersebut. Antara bahan yang diperlukan ialah :
  • golden syrup
  • madu
  • pewarna merah
  • pewarna biru
  • tepung gandum
  • nescafe
GAMBAR 8: SOLEKAN KESAN KHAS (BABAK KEMALANGAN)

Akhinya apa yang saya dan rakan  Nordiana perolehi ialah kami begitu bersyukur kerana penggambaran ini berjalan dengan lancar. Dan banyak pengalaman baru yang ditimba sepanjang mengikuti penggambaran ini kerana ini merupakan pengalaman pertama saya dan rakan untuk manjadi jurumekap bagi produksi sebegini.  Segala pembalajaran yang dipelajari dapat diaplikasikan dan kami bersyukur dengan hasil yang kami perolehi.  Kerjasama yang erat juga dapat dipupuk sesama ahli produksi membuat kami lebih senang hati berurusan dengan mereka.  Diharap kami dapat diberi peluang sebegini lagi untuk tahun yang akan datang.












No comments:

Post a Comment